Monday, August 18, 2008

Panduan Ramadhan

Panduan menghadapi Ramadhan daripada seorang sahabat:

Ramadhan Menjelang Lagi


Oleh Hafidzi MN

Netters yang muslim sekelian. Sedikit masa lagi insyaAllah kita akan dijengah oleh Ramadhan, bulan yang keistimewaannya telah sama-sama kita maklumi. Sesuai dengan kebesaran dan keistimewaan Ramadhan maka begitu jugalah keghairahan kita di dalam menyambut kedatangannya. Sebagaimana yang pernah kita dengar, kita merasa tidab sabar 'farhan' - hati kita terlonjak-lonjak dan kita menghitung-hitung hari bila kita akan masuk ke bulan Ramadhan. Hati kita tidak sabar untuk mengisi Ramadhan kali ini dengan puasa yang diterima oleh azawajal, puasa yang merubah syakhsiah diri kita, dengan ibadat-ibadat malam, dengan mengalunkan ayat-ayat Quran, dengan sadaqah dan lainnya. Keghairahan ini perlu kita zahirkan dengan melatih diri dengan melakukan sebanyak-banyak ibadat apatah lagi pada bulan sya'ban yang fadhilat beramal di bulan ini telahpun diperjelaskan dalam beberapa banyak hadis Rasulullah saw. Puasa sunat antara lain. Inilah masa yang terbaik untuk membentuk tabiat beramal - supaya apabila kita keluar dari bulan Ramadhan nanti hati kita senang pada melakukan ibadat kepada Allah swt serta menjauhkan tabiat-tabiat buruk yang menjadi kebiasaan.

Saya ingin mengajak diri saya dan saudara-saudara semua untuk membuat satu resolusi pada bulan Ramadhan ini sebagaimana orang membuat resolusi tahun baru tapi dengan sesuatu yang menjurus kepada pembentukan iman dan peningkatan amal. Rangkalah apa saja resolusi yang relevant dengan diri kita, samada hendak melakukan satu amal dengan istiqamah dan penuh iltizam atau untuk meninggalkan satu keburukan yang telah menjadi tabiat kehidupan.

Contoh-contoh resolusi:

1. Solat berjemaah di mesjid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari
2. Solat subuh berjemaah di mesjid
3. Solat tahajjud sekurang-kurangnya sekali seminggu
4. Solat dhuha setiap hari
5. Baca Quran semuka sehari
6. Menghafal setengah muka al-quran sehari
7. Mengamalkan ma'thurat setiap hari
8. Puasa sunat Isnin dan Khamis
9. Meninggalkan tabiat merokok
10. Meninggalkan tabiat suka mencarut
11. Tidak menonton rancangan TV yang buruk
12. Bersembang lelaki/perempuan bukan muhrim
13. .... dan seterusnya

Semoga kita dipanjangkan usia, disihatkan tubuh badan serta diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadat puasa seperti yang dikehendaki oleh Allah azawajal.

Amin Ya Rabb..